Memaparkan catatan dengan label riadah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label riadah. Papar semua catatan

Selasa, 9 Januari 2024

Trip Mantanani ~ Monster Anglers

29 MAY 2016



Suatu kisah yang berlaku di Laut China Selatan..... di kala laut kurang bergelora....angin seolah -olah merestui kehadiran kami. maka bertolak la pasukan MACS dari Tambunan untuk menakluk tenggiri di perairan Mantanani.

Trip yang dirancang ini tanpa tersengaja saya terlibat kerana di pujuk oleh ahli MACS menggunakan ayat yang power. Trip ini sebenarnya sudah penuh tetapi ada ahli yang menarik diri. Maka jadilah saya peserta yang ke 10.

Jeti Gayang dimana kapal Shandra berlabuh

Meninggalkan jeti

Bersembang sebelum sampai ke takat

Petang 28 khamis kami bertolak ke Kota Kinabalu dan menginap di Tanjung Aru. Semua pemancing seolah olah tidak sabar untuk menantikan hari esok. Tepat jam 4 pagi semua ahli telah bangun dan bersiap siap untuk bertolak ke SAFMA untuk membeli umpan. Setelah membeli umpan kami bertolak ke Gayang di mana kapal (SHANDRA) yang telah disewa menanti kedatangan kami.

Setelah semua alat kelengkapan memancing kami di masukkan kedalam kapal, maka kami pun bertolak menuju ke Perairan Mantanani. Perjalanan yang amat panjang itu diisi dengan cerita cerita memancing. 

Akhirnya, kapten kapal melabuhkan sauh pada takat yang pertama. Suasana menjadi senyap sebentar kerana ikan kurang galak memakan umpan. Tali pancing saya seperti disentak......mesti ada sesuatu yang memakan umpan... tanpa lengah saya menaikkan tali pancing saya. wooowww......... mangsa adalah seekor sotong kurita (sedap pula) . Manakala seorang lagi rakan saya menaikkan belut laut (Murray ell) bersaiz kecil.

Fokus.... sambil menyanyi lagu "Senja nan merah"
Mrs Jack dan Cheng

Ah Fook dan Binjo (pakai baju lain kali nampak tu lemak tepu)
Oleh kerana ikan kurang memakan umpan di takat ini, kami pun berpindah takat. Ikan kurang memakan umpan pada waktu petang. Matahari mula melabuhkan sinarnya. Memberikan satu pemandangan yang sangat indah di waktu petang.


Pemandangan di waktu petang

Alangkah indahnya
Malam itu ikan bersaiz besar kerap memakan umpan. Saya telah awal awal lagi masuk tidur kerana mabuk laut. Keesokkan harinya barulah saya mula memancing semula, terlepas aksi pada waktu malam , saya hanya mendengar cerita kawan kawan yang dapat menangkap tenggiri pada malam itu.

Hari itu saya hanya mampu menaikkan beberapa ekor ikan yang brsaiz sederhana seperti titir, katambak  dan pisang-pisang , pada sebelah pagi dan petang. Pada sebelah malamnya pula saya bertekad untuk menangkap tenggiri, setting pancing diubah dengan menggunakan wire 50 paun berumpan seekor tamban. Balingan pertama di sambar oleh ikan titir bersaiz sederhana, terdapat banyak ikan titir di bawah kapal ketika ini kerana rata rata pemancing seringkali menaikkan ikan jenis ini.


Pertandingan ikan paling kecil

Ah Fook in da house

Dari sudut lensa
Herdi dengan ikan kapas kapas

Ijam dengan ikan tambung yang dipinjamnya...he..he

Ikan putih (Giant Travelly) 

Akhirnya umpan saya disambar oleh tenggiri , joran ditarik sehingga menampakan ikan itu di permukaan. Belum sempat ikan tersebut dicangkuk..... tali pancing terputus.......sungguh hampa dan terus terasa mabuk laut semula......ssetelah mencuba beberapa kali dan gagal. Saya mengambil keputusan untuk masuk tidur.

oh..oh... baru tahu dorang semua...

Seawal jam 4 pagi, saya bangun untuk meneruskan pemancingan saya. Ya....pagi itu ikan sangat galak memakan umpan. Sehinggalah tong ikan yang saya bawa itu penuh dengan pelbagai jenis ikan. Setelah bersarapan pagi kami meneruskan pemancingan kami , sebelum bertolak balik ke jeti Gayang pada jam 9 pagi.

Trip ini berjaya menangkap beberapa ekor ikan tenggiri. saya walaupun tidak berjaya menangkap tenggiri berasa bersyukur juga kerana box ikan penuh. Trip ini sangat menyeronokkan, suatu masa nanti saya akan ke sini lagi. Selamat tinggal Mantanani.......


Suno 3kg (box ikan Aman Kamal) 

Titir 1kg (box ikan Herdi)

Titir (box ikan Binjo) macam banyak pula titir dia ni..... patut la ikan saya berkurang

Tenggiri 5kg (Box ikan Ijam)

Box ikan saya... Katambak, titir, kingfish, kerapu, pisang pisang

Tenggiri 7kg (Box ikan Aluk)

Lawsu dan pisang pisang (Box ikan Ah Fook)

Aksi para pemancing
Ini hasil tangkapan

~ Nantikan cerita pada trip yang akan datang..........







Khamis, 10 November 2016

Merentasi laluan Minduk Sirung ~ Garagas Hikers

01 Oktober 2016

Minduk Sirung.?...ini adalah laluan yang terdapat di sub stesen Gunung Alab menuju ke Mahua. Laluan sepanjang 12km sudah tentu menjanjikan pengalaman yang menakjubkan. Seawal jam 6 pagi kami telah berkumpul di Mahua, semua sudah tiba disitu seolah-olah tidak sabar untuk memulakan perjalanan. Dengan menaiki bas yang sudah disewa kami bertolak ke Gunung Alab perjalanan yang mengambil masa selama 45 minit.

Berjalan 2km ke Sub Stesen Minduk Sirung
Pelakon utama kena mesti di depan

Kami diturunkan di Restoran Gunung Alab kerana bas tidak mampu menghantar kami ke sub stesen yang terletak 2km jauhnya. Langkah bermula dengan meningggalkan restoran Gunung Alab setelah membeli beberapa keperluan seperti air dan makanan.


Team Garagas Hikers

Mengabadikan nama ke dalam buku pelawat
Setelah menerima taklimat daripada ketua guide ( Tuan Arnold) kami pun memulakan perjalanan merentasi hutan belantara. Terdapat team lain yang telah terlebih dahulu jalan sebelum team kami.

Perjalanan baru bermula

Masih mampu tersenyum


emmm....bergambar seketika


Bergambar bersama


Pondok yang terdapat di tapak berkhemah


Di kelilingi oleh pokok bambu


Lumut ni boleh di makan ke....?


Keindahan alam semulajadi

Akhirnya berjaya tiba di Puncak Minduk Sirung

Bergaya dulu....




Kami berjaya menyelesai misi kami iaitu merentasi laluan Minduk Sirung. Perjalanan yang amat panjang dan memenatkan ini mengingatkan saya suatu masa dulu di mana saya mula mula ditempatkan untuk bekerja (SK Longkogungan). Saya menamatkan perjalanan saya sebelum jam 6 petang tiba di  air terjun Mahua. Selamat tinggal Minduk Sirung ........












Isnin, 7 November 2016

Batu Punggul ~ Garagas Hikers


31 Ogos 2016 (  Menawan Puncak Batu Punggul)


Misi menawan Puncak Batu Punggul

Ini merupakan program yang dirancang secara tiba-tiba ( pengisian cuti merdeka). emmmm  tanpa ada persediaan yang secukupnya saya menyahut cabaran dari kawan yang merancang untuk menawan puncak Batu Punggul.(fikir cincai ka.... he he.. aku baini...) 




Seawal  jam 4:00 pagi kami bertolak ke Pekan Nabawan di mana kami sepakat untuk berkumpul dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Sapulut. Pada hari itu tamu di pekan Nabawan..... jadi bolehlah cuci mata dahulu. Melihat -lihat orang berjual beli. 

Bersarapan di Pekan Nabawan

Setelah bersarapan kami pun meneruskan perjalanan ke daerah sapulut di mana terletaknya Batu Punggul. Perjalanan yang memakan masa 40 minit terasa sangat jauh kerana rasa kerterujahan yang amat sangat untuk tiba dengan cepat.

Sungai yang menghubungkan jalan utama dengan batu Punggul
Jambatan tempat kami mula bertolak.

Batu Punggul tersergam gagah (gambar di ambil dari bot )

 Ini pemandangan Batu Punggul dari bot sebelum sampai ke titik mula pendakian. Untuk sampai kami perlu menaiki bot yang disewa dengan bayaran rm60. Seronok juga menaiki bot ini walaupun tidak boleh buat aksi seperti dalam filem "titanic".

Bergaya kawan yang paling depan tu.
Sebelum memulakan perjalanan baca dulu peraturan

Berada di kaki batu Punggul (Gua ni ada banyak lorong di dalamnya)

Rerama bertanduk (kehidupan unik di tempat ini)

Berehat seketika sebelum mendaki

Memulakan pendakian yang memenatkan

Melalui laluan yang curam

Aksi seorang pendaki (Guide)

Pemandangan dari puncak Batu Punggul

Gambar ini di ambil pada waktu tengahari

Kelihatan bot membawa pelawat
Sepanjang pendakian kami dibantu oleh para guide yang setia di sisi kami menunjukkan cara mendaki ke puncak.Bagi saya pendakian ini sangat memenatkan lebih lebih lagi di bawah terik mentari. Tangan dan kaki terpaksa bekerja keras menolak badan ke Puncak. Akhirnya dengan kekuatan yang ada, rasa gayat, rasa lapar dan tenaga yang semakin berkurang saya berjaya tiba ke puncak tepat jam 12 tengahari. 
Kami tanpa melengahkan masa memotretkan kejayaan kumpulan kami menawan Puncak Batu Punggul.(Oh.... dunia lihatlah).....selesai mengambil gambar, kami pun menjamu selera dengan bekal yang kami bawa bersama. Selepas itu kami pun bersiap-siap untuk turun semula ke bawah, di mana terdapat pendaki lain yang akan naik menggantikan tempat kami di atas. 

~ Terima kasih Batu Punggul kerana menjadi sebahagian daripada memori kami........Adios.

~ Terima kasih kepada semua Guide. Anda memang yang terbaik.