Ahad, 6 November 2016

Menawan Puncak Wakid ~ Garagas Hikers

30 Julai 2016

Para peserta Menawan Puncak Wakid

Gunung Wakid adalah gunung yang terletak dalam daerah Tambunan yang mempunyai ketinggian 2000 m. Titik permulaan pendakian terletak di kg Sunsuron yang terletak 5 km daripada pekan Tambunan. Trek sepanjang 16 km sudah tentu menjanjikan pemandangan yang menarik bagi mereka yang mendaki gunung wakid ini.

siap sedia

Pada pagi yang sejuk..... sesejuk sinaran ais yang menusuk hingga ke tulang temulang. Kami berkumpul di Sk Sunsuron seperti yang telah dijanjikan oleh Guide kami (Bro Jingkung). Ini merupakan pendakian kami yang kedua setelah mendaki puncak Lugas pada cuti hari raya yang lalu. Dengan semangat kesukanan dan rasa terujah yang tinggi kami tiba awal di tempat berkumpul. Kami merupakam team yang ketiga akan naik pada pagi itu.  Setelah menerima taklimat daripada guide kami, kami pun memulakan perjalanan.😎

Bergambar di persimpangan "Jingkung trail"
Perjalanan ke puncak wakid ini, terasa sangat menyeronokkan, kerana kita disajikan oleh pemandangan yang sungguh indah. Hutan yang masih dilitupi oleh tumbuhan semulajadi dan sungai yang belum tercemar menyebabkan kita berasa damai berada di laluan ini. Laluan ke puncak Gunung ini begitu mencabar kerana terdapat kecerunan yang hampir 80 darjah kecuramannya.Menyebabkan peluh jantan ini mengalir membasahi bumi ketika bayang mentari tidak kunjung tiba.

Bro Jingkung dan Team Garagas

Berhenti rehat sambil mengambil gambar
Berada di Puncak Gunung Wakid

Akhirnya.... kumpulan kami berjaya sampai ke puncak gunung wakid.......yes...yes. Suasana di puncak Gunung ini agak berangin. Angin sepoi sepoi bahasa yang kadangkala menjadi agak kuat sedikit membuatkan suasana bertambah sejuk. Oh...ya lupa pula... di puncak ini juga agak berkabus sedikit......(teringat terus lagu "Dalam Gerimis" kumpulan Visa) .... he ...he....

Masih mampu tersenyum

Team Garagas Hikers
Setelah berjaya menawan ketiga tiga puncak gunung wakid maka tibalah masa untuk turun semula ke bawah. Kumpulan kami bercadang untuk singgah sebentar di air terjun sebelum meneruskan perjalanan balik.

Berehat di air terjun sebelum balik

Misi kami untuk menawan Gunung Wakid akhirnya tercapai . Diakhir aktiviti ini kami disajikan dengan makanan kampung yang sangat menyelerakan. Untuk mereka yang ingin atau mempunyai cita -cita untuk menawan puncak Gunung Wakid jangan lepaskan peluang datanglah ke Kg Sunsuron Tambunan pasti anda akan ingat selama -lamanya. Moga jumpa lagi di masa akan datang...... Gunung Wakid (kami pasti akan berkunjung semula). Hatiku tertinggal di Gunung Wakid










1 ulasan:

  1. yaaa terima kasih .. jom dtg lagi camping naik jingkung trail 0138991857

    BalasPadam