Selasa, 7 Februari 2017

"SALT TRAIL" suatu perjalanan yang amat panjang

27 - 30 disember 2016
suatu perjalanan yang amat panjang.......

Di hujung jalan.... Pos kawalan Malunggung

Laluan garam (salt trail) adalah suatu laluan yang menghubungkan masyarakat pedalaman (Tambunan) dengan masyarakat berhampiran bandar (Inobong Penampang). Laluan yang bermula dari Pos kawalan Malunggung Tikolod ke Sub stesen Inobong Penampang adalah sejauh 35.8 km merentasi beberapa buah kampung antaranya Kg Kionop, Kg Buayan, dan Kg Terian. Laluan ini diberi nama laluan garam kerana ia adalah jalan mengangkut garam suatu masa dulu.

Pos kawalan Malunggung
 
Pos kawalan Malunggung

Pondok yang terdapat di Pos kawalan Malunggung

Salt Trail map

Trip pada kali ini .....saya dapat sertai melalui seorang rakan hiker , (terima kasih....akhirnya sy dapat menyertai trip ini).


Perjalanan baru bermula
27 Disember 2016 (berkumpul di Pos kawalan Malunggung)

Petang 27 disember kira-kira jam 4 petang saya telah bertolak bersama rakan rakan ke Pos kawalan Malunggung yang terletak di Kg Tikolod Tambunan (suatu kawasan yang amat menarik). Setiba kami di situ hari telah pun gelap ....kerana rombongan kami singgah sebentar di sebuah rumah di Kg Tikolod.

Dalam pekat malam kami meredah laluan sepanjang 50m ke tempat kami menginap.


berlampukan lilin

Pada malam gelap dengan bantuan cahaya lilin sesi memperkenalkan diri telah dibuat..... rupa-rupanya semua peserta berasal daripada Kg Buayan Penampang ....kecuali saya seorang berasal daripada Tambunan. Kesemua peserta yang akan menyertai trip ini adalah seramai 8 orang (3 lelaki dan 5 perempuan)


28 Disember 2016 (Pos Kawalan Malunggung ke Kg Buayan)


Bekalan di perjalanan (terima kasih yang menyediakan)

Bruno, Ceeya, Elone, Melda, Roza, Jessica, Eddie dan saya.....




Seawal jam 5 pagi para peserta perempuan telah lebih awal bangun bagi menyiapkan sarapan dan bekalan untuk di bawa semasa dalam perjalanan. (Terima kasih......)


Perserta yang ke 900......

Bukti yang kami berada berada di laluan yang betul .....

Sarapan pagi di Malunggung.... Min Cafe + Biskut Gerry + Bihun goreng


Setelah bersarapan kami pun bersiap untuk memulakan perjalanan kami. Perjalanan bermula dengan merentasi kawasan hutan yang agak rata . Kawasan hutan yang masih belum terusik menjanjikan suatu pemandangan yang menakjubkan..... (saya terlepas melihat bunga Rafflesia yang mengembang).... kerana terlalu fokus dengan perjalanan ....... patutlah masa lalu tu ada terhidu bau bangkai.....


Segalanya bermula di sini.........

Pemandangan yang terdapat di dalam perjalanan


Kasut sudah semestinya basah kerana berulang kali menyeberang sungai yang sama. Pondok perhentian pertama kami adalah pondok Tikolod.disinilah bermulanya pendakian yang amat panjang dan menyedihkan.... ha ha ha banyak pacat . he he.... sepanjang laluan ini terdapat banyak pokok yang besar besar , setelah mendaki bukit.... tibalah pula untuk menuruni bukit dengan laluan yang amat panjang.....sehingga terasa kuku kaki menjadi sakit...



Berada di tengah hutan belantara

Berhenti makan di sebatang anak sungai

Akhirnya kami tiba di sebatang anak sungai untuk berhenti rehat dan menjamu selera, sudah tentu makanan tin menjadi lauk utama pada masa itu jam menunjukkan 12.30 tengahari . Setelah berehat seketika....kami pun memulakan perjalanan kami menuju ke Kg Buayan.


Berada di gereja Kionop

Gereja Kg Kionop

Dalam perjalanan itu kami berhenti rehat seketika di Gereja Kg Tikolod.sebuah gereja yang menjadi tempat persinggahan untuk bermalam kelihatan agak usang tetapi terjaga.Gereja ini sudah lama di bina di sini untuk kemudahan orang kampung bersembahyang. Penduduk kampungnya hanya tinggal beberapa orang sahaja kerana ada yang telah berpindah ke tempat lain.

Setelah berehat, kami pun meneruskan perjalanan kami ke Kg Buayan....ada 6km lagi yang perlu dilalui.. sepanjang perjalanan kami perlu menyeberang sungai beberapa kali ....Akhirnya Kami tiba di Kg Buayan kira-kira pukul 4.30 petang.

Jambatan yang merentasi sungai ulu Papar
Berada Kg Buayan Penampang


29 Disember 2016 (Kg Buayan )

Hari ini saya hanya berehat di pos kawalan kg buayan..... sambil menanti esok hari.
sudah pasti perjalanan esoknya akan lebih mencabar lagi. Pada hari ini seorang rakan guru yang bertugas di SK Buayan datang menziarahi saya. (Terima kasih Tuan penghulu Encik Salleh Hj Abbas dan ketua kampung Buayan Encik John)...he..heee...

Sungai depan Pos kawalan tempat saya menginap .....terdapat banyak ikan kelah, sabarau, sarawi dan salap. (lain hari mo test casting) kena minta izin dulu....... Memang best tempat ni.....air yang jernih dan sejuk.....tapi sayang saya terlepas untuk mandi manda di sungai ni kerana pukulan yang jernih.... he...he...he....tewas.

Lain kali kalau saya datang lagi.....mau minta guide atur program 1 hari di sini. Memang best tempat ni.......

Santai petang
Sungai di depan Pos kawalan Kg Buayan



30 Disember 2016 (Kg Buayan ke Sub stesen Inobong Penampang)

Jam menunjukkan pukul 5 pagi.... saya mula mengemaskan barang barang  yang akan di bawa semasa perjalanan. Setelah bersarapan kami pun memulakan perjalanan......

Sarapan pagi sebelum memulakan perjalanan

7:00 pagi


Kami bersarapan di pos kawalan (Terima kasih yang menyediakan sarapan).
Setelah bergambar beramai ramai di pos kawalan Kg Buayan kami memulakan perjalanan.


Bergambar di pos kawalan Kg Buayan

Merentasi sawah padi 

Merentasi sawah padi yang sudah pasti memberikan suatu pemandangan yang amat indah. Di sepanjang perjalanan kita akan dapat membaca kata kata  semangat untuk para hiker ... setelah lebih kurang 2 jam berjalan kami tiba di Kg Terian (6 km dari Kg Buayan). Kami berehat seketika untuk makan.


ini boleh dilihat sepanjang perjalanan

Kata-kata semangat

Kg Terian Penampang

Kg Terian Penampang

Bergambar lagi dorang ni.....



11:00 pagi

Kami meneruskan perjalanan dengan mendaki bukit yang agak tinggi. Perjalanan adalah di bawah terik matahari kerana tiada tumbuhan tinggi yang melindungi kami.(Kebun orang kampung).



Berehat seketika

Ini Jalan hutan ke Sub Stesen Inobong Penampang



2:00 petang

Kami tiba di sebuah pondok yang diberi nama pondok Pogigimpaan ,di sini kami berehat sambil menjamu selera.

pondok Pogigimpaan

Puncak Tirig


4:30 petang

Akhirnya kami tiba di Sub Stesen Inobong Penampang tepat jam 4.30 petang dikala hujan  turun dengan lebat  menyambut ketibaan kami (tidak dapat bergambar).




Di penghujung jalan


- Terima kasih " Salt Trail" kerana menjadi sebahagian sejarah dalam perjalanan hidup kami.
- Terima kasih juga buat kawan -kawan yang sama-sama dalam perjalanan mencari garam ( Eddie, Bruno, Elone, Ceeya, melda, roza dan jessyca).....
- Terima kasih juga buat kawan Harrold Mark  kerana sudi menumpangkan kereta ke Malunggung.(Bah....atur trip nanti......)
- Terima kasih tak terhingga buat Jimbo kerana mengambil kami di sub stesen Inobong Penampang walaupun kami basah (Kalau ada trip lagi....ko wajib ikut he...he...).
- Silalah berkunjung ke tempat ini......
- Selamat tinggal SALT TRAIL jumpa lagi di tahun 2017 ( mau datang lagi dengan kawan kawan Garagas Hikers)


















4 ulasan:

  1. wah best ohh!!!! bole dapat ka org yg kkami bole contact? mo try oh p sini

    BalasPadam
  2. Nampak tu sulap kmi sna molunggung oh,
    Gereja kg kionop tu bukan gereja kg tikolod kio asi ahha

    BalasPadam
  3. wah... best o. admin, kalau kau p sini lagi, tolong bawa saya sekali��. nanti sy bwa few kawan juga. lama juga sudah kami cari ni laluan. ada contact no kah?

    BalasPadam