Selasa, 9 Januari 2024

Catatan dari lembah Gunung Trusmadi ~ Garagas Hikers (Full story)

27-28 NOVEMBER 2016


emm... Sebelum berakhirnya tahun 2016 satu aktiviti sebagai penutup tirai harus dirancang.Oleh itu kami telah sepakat untuk memilih Gunung Trusmadi sebagai destinasi yang terakhir. Sebagai orang yang telah ditugaskan untuk mengurus trip pada kali ini sudah tentu saya hendak yang terbaik.

Saya telah merisik beberapa orang agen tentang harga yang ditawarkan untuk trip 2 hari 1 malam ke Gunung Trusmadi. Akhirnya saya memperolehi harga mampu milik iaitu RM400 per orang. Boleh la.... yes...yes.... berjaya...

Gunung Trusmadi terletak di dalam daerah Tambunan, Sabah merupakan gunung yang kedua tertinggi di Malaysia selepas Gunung Kinabalu. Gunung setinggi 2642 m (8669 kaki) mempunyai hutan jenis dipterokarp bukit, hutan dipterokarp atas, hutan montane dan hutan ericaceaous (hutan gunung). Banyak flora dan fauna terdapat di sini yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi contohnya nephentes macrophylla. Gunung ini sudah pasti menjanjikan keindahan alam semulajadi yang amat menakjubkan.

Berkumpul di kedai makan berhampiran opis yang mengurus trip kami

Bergambar di depan opis 

Merekodkan  kehadiran pada pagi itu
Pagi jam 9 ...saya telah bertolak ke tempat berkumpul iaitu di Pekan Tambunan . Tahulah kan ini adalah kali pertama saya mendaki gunung Trusmadi. Semangat itu tersangat kuat kerana selama ini hanya melihat gambar gambar melalui internet terutamanya Facebook melalui kawan kawan . Kali ini saya bisa melihat sendiri keadaan yang nyata di sana.

Berhenti seketika di simpang masuk ke Gunung Trusmadi


Setelah menyusun semua barang barang di dalam kereta (4x4) kami pun berangkat menuju ke "gate" masuk laluan ke Gunung Trusmadi. Perjalanan mngambil masa lebih kurang 45 minit daripada pekan Tambunan.


Kereta kedua yang  kami guna tiba di pintu masuk

Berkumpul di pintu laluan masuk ke Gunung Trus madi

Inilah Pintu masuk ke Gunung Trus Madi

Akhirnya kami tiba di pintu masuk ke Gunung Trus Madi. Di sini kami sekali lagi merekodkan kehadiran kami. Selepas itu kami pun bertolak ke Mirad Irad resort sejauh 5 km menggunakan kereta. Di sana jam telah menunjukkan jam 2 petang. Kami menjamu selera di tempat ini. suasana sangat menyeronokkan kerana masing masing ada membawa bekal dan berkongsi makanan bersama kawan kawan.


Di sinilah kami merekodkan kehadiran kami sekali lagi

menjamu selera di Mirad Irad Resort

Inilah Mirad Irad Resort

Sungai yang terdapat berhampiran dengan Mirad Irad Resort


Setelah siap makan kami bersiap siap untuk bertolak ke Starting Point yang terletak kira kira 6km dari Mirad Irad resort.


Tiba di Starting Point

Garagas Hikers

Dari starting Point ke resthouse perjalanan  kami adalah sejauh 2km. Berjalan di atas laluan kayu bukanlah satu perkara yang mudah kerana terlalu licin disebabkan hujan. Walaubagaimanapun laluan ini sangat menarik mungkin antara laluan kayu yang paling panjang di Malaysia. Pacat sudah tentulah tidak akan ada di sini.

Berada di atas laluan kayu Taman Ali Hassan

Melepasi Taman Ali Hassan menuju ke Resthouse

Berada di Puncak bukit Timpohon D Aki

Jangan lupa bergambar di sini

Bersama seorang kawan dari Tamparuli

Inilah laluan kayu sepanjang 2,2km

Mendaki bukit menggunakan tangga walaupun menyeronokkan tetapi amat memenatkan.

Akhirnya tiba di Taman Sulaiman  iaitu tempat trletaknya resthouse

Tiba di Resthouse

Perjalanan yang amat menyeronokkan

Akhirnya kami tiba di Resthouse pada masa itu jam menunjukkan 5.30 petang. Suasana persekitaran telah pun menjadi gelap kerana matahari telah terbenam di balik bukit. suhu di tempat ini begitu sejuk sekalidan amat mendamaikan. Keadaan tempat tidur yang begitu terjaga dan bilik air yang sangat strategik tempatnya menjadikan ia suatu tempat yang sangat selesa.

Pada masa ini tukang masak sedang menyediakan makan malam. (Terima kasih) layanan yang sangat baik di tempat ini. Siap saja masak kami pun menjamu selera kerana perut kembali lapar di sebabkan perjalanan meniti titian kayu,


Suasana di Resthouse

Makan malam terima kasih tukang kasi sedia


Makan malam sangat mnyelerakan kerana berada di dalam suasana yang lain daripada yang lain. (Dalam hutan) setelah makan kami diberi taklimat seketika oleh guide iaitu kami perlu bangun jam 1 pagi untuk bersiap.


Suasana jam 1 pagi bersiap untuk ke puncak

Bertolak ke puncak pada jam 2.20 pagi

Berada di perhentian Gombunan Hut

semangat ....semangat..... kamon Garagas,,,

Perjalanan kami bermula dengan sedikit taklimat daripada guide. Setelah itu kami perlu lalu di atas laluan kayu sepanjang 200 m sebelum ke laluan tanah. Perhentian pertama adalah di Gombunan Hut , kami berehat selama 5 minit dan kembali menyambung semula perjalanan.


Bersama seorang guide di perhentian Taman Bunga

Semua berjaya tiba di perhentian Taman Bunga

Setelah berjalan beberapa minit kami tiba di perhentian Taman Bunga. Tak tahu kenapa tempat itu di beri nama taman bunga. Tak nampak bunga pun (keadaan gelap). Di sini kita boleh dengar deru dari air terjun.

Akhirnya kami tiba di lokasi pertama di puncak Trus Madi

Berada di atas Menara

oh...lihatlah dunia...


Pemandangan yang sangat menakjubkan

Gunung Kinabalu jelas kelihatan

Menyaksikan matahari terbit


aiksss... kenapa saya di bawah

Berada di Puncak Gunung Kedua tertinggi di Malaysia

Pemandangan Gunung Kinabalu dari Puncak Gunung Trus Madi

Cara unik mengambil gambar yang terbaik

Puncak rendah itu adalah Gunung Tombuyukon (Gunung ketiga tertinggi)

Setelah beberapa lama berada di puncak untuk mengambil gambar kami pun mengambil keputusan untuk turun semula pada jam 8:00 pagi. Pada trip kali ini memang kesemua ahli puas hati dengan harga yang di tawarkan.Pemandangan dari puncak Gunung Trus Madi memang di luar jangkaan kami, tersangat indah sehingga tidak dapat di gambarkan melalui kata-kata. Cuaca semasa bertolak ke puncak sangat baik dan berkesempatan melihat bulan dan matahari  hadir bersama. Keadaan yang tidak berangin membolehkan kami 9 orang ahli naik ke atas menara untuk mengambil gambar.

Perjalanan turun kami tersangat santai kerana mempunyai banyak masa. Semua ahli dapat tiba pada masa yang ditetapkan. Bagi merka yang ingin ke sini pastikan telah membuat persiapan yang rapi kerana kita tidak tahu apa keadaan cuaca yang bakal kita tempuh semasa mendaki ke puncak.

Apa-apapun Gunung Trus Madi telah menjadi sebahagian sejarah dalam hidup kami (Garagas Hikers). Gunung kedua yang tertinggi di Malaysia sudah pasti menjanjikan cabaran yang menarik. Datanglah bertandang ke sini untuk melihat pemandangan yang sangat menakjubkan.


~ Terima kasih Travel agen (Tropical Mountain Holidays SDN . BHD)
~ Terima Kasih Guide and team ( Obbie, Kido and friends)
~ Terima kasih kawan kawan yang sama sama dalam pendakian ini. (Bian, Vicy, Andy, Christy, June, Arthur, Ronn and Debra..... jgn prnah serik ikut kami)
~ Jumpa lagi di Puncak yang lain bagi tahun 2017.......... Mount Rinjani... he he kalau ada rezeki....


Biar gambar berbicara.........






























SEKIAN DAN TERIMA KASIH




5 ulasan:

  1. Tq Cos.. 42 tahun menjadi penduduk Tambunan x pernah sesaat pun memijakkan kaki di Trusmadi.. Melihat gambar-gambar pada blog ini membuka mata dan terasa seolah-olah berada di tapak tersebut.. Tahniah dan semoga dipermudahkan langkah kaki utk terus meneroka dunia..

    BalasPadam
  2. Saya ada melihat rancana INI. Timbul pula minat. Mencipta lagu INI bertajuk. Luluhon terus madi. Atau gunung terus madi. Sesiapa yg berminat tel. 011.12681215

    BalasPadam
  3. Yang terbaik. Saya terus mengikuti perkembangan INI ha ha

    BalasPadam
  4. Emmm .. Bukan tinggi juga pula kan .. Hemm terus madi.. Mu tunggu.. Hohoho

    BalasPadam