Jumaat, 19 Januari 2018

MENJEJAK PUNCAK GUNUNG MANTAPOK

Mantapok Nature


Perjalanan ke Mantapok  Nature

Gunung Mantapok



Bergambar di hadapan batu besar yang terdapat di tempat penginapan

Mantapok Nature


Bersiap sedia untuk memulakan perjalanan



Gunung Mantapok terletak di Kg. Mantapok kawasan daerah Ranau, Sabah. Daripada Pekan Ranau, jalan menuju ke Pekan Telupid, sejauh 65km untuk sampai ke "meet point junction". Daripada "meet point junction" sejauh 14km jalan gravel/unpaved road untuk sampai ke kaki gunung ini.

Kampung Mantapok adalah sebuah kampung yang terpencil jauh daripada kawasan bandar dan terletak di kaki gunung Mantapok. Disebabkan kampung Mantapok ini terletak betul-betul di kaki gunung, maka nenek moyang mereka menamakan gunung ini sebagai Gunung Mantapok dan nama itu berkekalan sehingga kini.

Gunung Mantapok ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Antara yang menarik di gunung ini adalah flora dan fauna yang pelbagai dan trail yang menjanjikan kepuasan kepada para pendaki. Terdapat pelbagai jenis periuk kera dikenalpasti dan bunga orkid yang rare juga anda boleh temui di laluan yang dikendalikan oleh Mantapok Nature.

Pendakian ke puncak Gunung Mantapok daripada Kg Mantapok ini di bawah seliaan Mantapok Nature iaitu organisasi pelancongan kampung mantapok. Kepada para pendaki yang berminat untuk mendaki ke puncak gunung ini bolehlah menghubungi Mantapok Nature untuk info lanjut berkaitan package dan itinerary.


Geng Adidas Kampung Hikers & Garagas Hikers 
23-25 JUN 2017.



Perjalanan bermula dengan berkumpul di pekan Ranau pada 23 jun 2017. Setelah berkumpul kami pun bergerak menuju ke Kg Miruru , perjalanan menggunakan kenderaan sendiri akhirnya tiba di meet point Junction. Perjalanan ke Kg Miruru ini adalah melalui jalan gravel sejauh 14 km dan kami tiba di Mantapok Nature kira kira jam 4 petang.

Setelah bersiap segala kelengkapan yang diperlukan kami bertolak ke Kg Mantapok dengan menggunakan kenderaan 4x4 yang disediakan oleh Mantapok Nature. Pada masa itu matahari sudah mula tenggelam di balik bukit yang indah.

Setibanya kami di hujung jalan kami perlu berjalan kaki sejauh 1km lagi untuk tiba di rest house. Perjalanan ke rest house diiringi oleh tiga orang guide yang sangat peramah. Kami tiba di rest house kira kira jam 7 malam.

Guide yang mengiringi perjalanan kami.

Setelah membersihkan diri , kami pun mula menyiapkan makan malam. (Terima kasih yang menyediakan makanan). Selesai sahaja makan kami berbual -bual seketika.




Kami tidur di pondok yang disediakan beralaskan tikar dan 'sleeping bag' yang di bawa sendiri. Suasana sangat dingin di tempat ini.

Sarapan pagi

Seawal jam 5 pagi kami telah pun bersiap siap menyediakan bekal yang akan di bawa di perjalanan nanti. Selepas bersarapan kami pun memuatkan barang barang yang akan di bawa ke pondok sulapon laid.

Perjalanan bermula jam 7:00 pagi, sebelum berangkat kami sempat bergambar di sebuah batu besar yang berdekatan dengan pondok rehat.


Dalam perjalanan ini kami berkesempatan singgah sebentar di sebatang pokok besar yang di kenali sebagai pokok tualang. Pokok yang terdapat banyak sarang lebah di atasnya. Terdapat kesan kesan tangga yang digunakan untuk memanjat pokok itu.





Seterusnya kami melalui sebuah air terjun yang tinggi dan amat indah. Di sini kami berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan kami.

Terdapat banyak tempat perhentian sepanjang laluan ini.

Akhirnya kami tiba di tempat penginapan yang di beri nama sulapon laid. Di sini bunyi unggas hutan sangat kuat kedengaran.



AKU DIA DAN PACAT.......

Pacat terlalu banyak di laluan ini, bagi mereka yang takut dengan pacat silalah berkunjung di sini. Setelah keluar dari hutan saya pasti anda adalah orang yang paling berani memegang pacat...... he he he.....

Aktiviti petang diiisi dengan berehat sahaja




KOMPLOT JAM 4.30 PAGI

Seawal jam 4.30 pagi kami mula membuat persiapan untuk ke puncak mantapok. Perjalanan sejauh 1.5km untuk mengejar matahari terbit. Kepuasan jelas di setiap raut wajah apabila berjaya tiba di puncak Gunung Mantapok Setelah puas mengambil gambar kami pun memulakan perjalanan balik.






Terjun bah...kalau berani.... sejuk sangat air tu
























Sekian dan terima kasih..... jumpa lagi di puncak yang lain.........




















3 ulasan: