Khamis, 1 Februari 2018

GUNUNG MINODTUHAN

2D1N
Gunung Minodtuhan Sub Stesen Sayap Kota Belud
Height : 2360 asl
Distance : 12km (base-peak-base camp)
Time : appx 5-6 hours


1 Disember 2017, seawal jam 8 pagi kami bertolak dari daerah Tambunan ke daerah Kota Belud. Saya menumpang kereta seorang kawan yang sehobi dengan saya (terima kasih...ye...) Kami tiba di Pekan Kota Belud kira -kira jam 1 petang. Kami singgah sebentar membeli makanan untuk di bawa ke tapak perkhemahan Sub Stesen Sayap Kota Belud.

Setelah membeli segala keperluan kami pun bertolak ke Sub Stesen Sayap Kota belud. Perjalanan kami mengambil masa kira kira 3 jam untuk sampai ke tempat itu. Untuk sampai ke tempat ini pengunjung hendaklah melalui jalan gravel yang agak panjang juga.(adalah lebih baik menggunakan kenderaan pacuan 4 roda ).


Pasar Pekan Kota Belud


Sesampainya kami di Sub Stesen Sayap Kota Belud..... cuaca agak mendung sedikit menandakan hujan akan turun. Tanpa berlengah lagi kami mendirikan khemah, (malam ini tidur dalam khemah la....) he he he lupa tempat kami berkhemah itu ada sebatang anak sungai yang sangat bersih dan segar...... sejuk dia boleh tahan jugalah..... tapak perkhemahan ini lengkap dengan kemudahan seperti tandas, air, dan pondok -pondok kecil.(alat memasak kena bawa sendirilah)


khemah siapakah ini.....??? 😁 ini bukan tandas...

Mendengar sedikit taklimat daripada guide sebelum memulakan pendakian
2 Disember 2017
Jam 7 pagi kami memulakan perjalanan kami menuju ke puncak Gunung Minodtuhan. Dengan semangat yang tinggi menggunung kami mula membuka langkah merentas denai sempit yang tersedia. Pacat memang banyak di tempat ini....... keadaan habitat yang membolehkannya membiak banyak. (tapi kalau kena gigit anggap sajalah macam menderma darah ) he he.....

Sepanjang perjalanan ....anda  boleh melihat lihat tumbuh-tumbuhan yang sangat unik dan cantik.

saya pun tidak tau ...apa ni...?







Akhirnya setelah 4 jam mendaki kami berjaya menawan puncak Gunung Minodtuhan.  Pemandangan agak terhad kerana kabus telah menyelubungi puncak puncak gunung yang berada disekitarnya.






Tahniah....

bah... bagaya kamurang....







Inilah kawan yang menyebabkan saya terjebak dalam aktiviti ini.

Akhirnya kami semua tiba ke destinasinya tahniah kepada semua...

Setelah beberapa di puncak gunung, mengambil gambar dan berehat seketika kami pun memulakan perjalanan untuk balik. Kali ini perjalanan lebih mudah kerana hanya menuruni jalan yang kami daki tadi dan kalau ada masa bolehlah singgah sebentar di air terjun.

Arah menuju ke air terjun

Setibanya saya di tapak perkhemahan sub stesen sayap nampaknya cuaca tidak mengizinkan kami untuk ke air terjun kerana hujan telah pun turun. Setelah mengemaskan segala kelengkapan kami , kami pun balik ke tempat kami masing -masing. Selamat tinggal sub stesen sayap Kota Belud, selamat tinggal Gunung Minodtuhan semoga jumpa lagi......... adios.... terima kasih kawan-kawan yang bersama saya dalam pendakian ini...... jangan pernah serik.....

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan