Selasa, 9 Januari 2024

Trip Mantanani ~ Monster Anglers

29 MAY 2016



Suatu kisah yang berlaku di Laut China Selatan..... di kala laut kurang bergelora....angin seolah -olah merestui kehadiran kami. maka bertolak la pasukan MACS dari Tambunan untuk menakluk tenggiri di perairan Mantanani.

Trip yang dirancang ini tanpa tersengaja saya terlibat kerana di pujuk oleh ahli MACS menggunakan ayat yang power. Trip ini sebenarnya sudah penuh tetapi ada ahli yang menarik diri. Maka jadilah saya peserta yang ke 10.

Jeti Gayang dimana kapal Shandra berlabuh

Meninggalkan jeti

Bersembang sebelum sampai ke takat

Petang 28 khamis kami bertolak ke Kota Kinabalu dan menginap di Tanjung Aru. Semua pemancing seolah olah tidak sabar untuk menantikan hari esok. Tepat jam 4 pagi semua ahli telah bangun dan bersiap siap untuk bertolak ke SAFMA untuk membeli umpan. Setelah membeli umpan kami bertolak ke Gayang di mana kapal (SHANDRA) yang telah disewa menanti kedatangan kami.

Setelah semua alat kelengkapan memancing kami di masukkan kedalam kapal, maka kami pun bertolak menuju ke Perairan Mantanani. Perjalanan yang amat panjang itu diisi dengan cerita cerita memancing. 

Akhirnya, kapten kapal melabuhkan sauh pada takat yang pertama. Suasana menjadi senyap sebentar kerana ikan kurang galak memakan umpan. Tali pancing saya seperti disentak......mesti ada sesuatu yang memakan umpan... tanpa lengah saya menaikkan tali pancing saya. wooowww......... mangsa adalah seekor sotong kurita (sedap pula) . Manakala seorang lagi rakan saya menaikkan belut laut (Murray ell) bersaiz kecil.

Fokus.... sambil menyanyi lagu "Senja nan merah"
Mrs Jack dan Cheng

Ah Fook dan Binjo (pakai baju lain kali nampak tu lemak tepu)
Oleh kerana ikan kurang memakan umpan di takat ini, kami pun berpindah takat. Ikan kurang memakan umpan pada waktu petang. Matahari mula melabuhkan sinarnya. Memberikan satu pemandangan yang sangat indah di waktu petang.


Pemandangan di waktu petang

Alangkah indahnya
Malam itu ikan bersaiz besar kerap memakan umpan. Saya telah awal awal lagi masuk tidur kerana mabuk laut. Keesokkan harinya barulah saya mula memancing semula, terlepas aksi pada waktu malam , saya hanya mendengar cerita kawan kawan yang dapat menangkap tenggiri pada malam itu.

Hari itu saya hanya mampu menaikkan beberapa ekor ikan yang brsaiz sederhana seperti titir, katambak  dan pisang-pisang , pada sebelah pagi dan petang. Pada sebelah malamnya pula saya bertekad untuk menangkap tenggiri, setting pancing diubah dengan menggunakan wire 50 paun berumpan seekor tamban. Balingan pertama di sambar oleh ikan titir bersaiz sederhana, terdapat banyak ikan titir di bawah kapal ketika ini kerana rata rata pemancing seringkali menaikkan ikan jenis ini.


Pertandingan ikan paling kecil

Ah Fook in da house

Dari sudut lensa
Herdi dengan ikan kapas kapas

Ijam dengan ikan tambung yang dipinjamnya...he..he

Ikan putih (Giant Travelly) 

Akhirnya umpan saya disambar oleh tenggiri , joran ditarik sehingga menampakan ikan itu di permukaan. Belum sempat ikan tersebut dicangkuk..... tali pancing terputus.......sungguh hampa dan terus terasa mabuk laut semula......ssetelah mencuba beberapa kali dan gagal. Saya mengambil keputusan untuk masuk tidur.

oh..oh... baru tahu dorang semua...

Seawal jam 4 pagi, saya bangun untuk meneruskan pemancingan saya. Ya....pagi itu ikan sangat galak memakan umpan. Sehinggalah tong ikan yang saya bawa itu penuh dengan pelbagai jenis ikan. Setelah bersarapan pagi kami meneruskan pemancingan kami , sebelum bertolak balik ke jeti Gayang pada jam 9 pagi.

Trip ini berjaya menangkap beberapa ekor ikan tenggiri. saya walaupun tidak berjaya menangkap tenggiri berasa bersyukur juga kerana box ikan penuh. Trip ini sangat menyeronokkan, suatu masa nanti saya akan ke sini lagi. Selamat tinggal Mantanani.......


Suno 3kg (box ikan Aman Kamal) 

Titir 1kg (box ikan Herdi)

Titir (box ikan Binjo) macam banyak pula titir dia ni..... patut la ikan saya berkurang

Tenggiri 5kg (Box ikan Ijam)

Box ikan saya... Katambak, titir, kingfish, kerapu, pisang pisang

Tenggiri 7kg (Box ikan Aluk)

Lawsu dan pisang pisang (Box ikan Ah Fook)

Aksi para pemancing
Ini hasil tangkapan

~ Nantikan cerita pada trip yang akan datang..........







9 ulasan: