Isnin, 21 November 2016

3Hills 1 Day ~ Garagas Hikers (full story)

19 NOV 2016


Peserta yang menyertai cabaran "3 Hills 1 Day"
Thank,,,Mrs Cons

Seawal jam 4.30 pagi.....saya telah pun bangun bagi menyiapkan keperluan yang perlu di bawa bagi mengikuti cabaran "3 Hills 1 Day".... cabaran yang sangat hebat buat saya.(Di antara hidup dan mati...he..he..he)kununlah,,,,, Setelah menyiapkan segala keperluan,,,saya pun bertolak ke Pekan Tambunan untuk menunggu seorang kawan yang bertolak dari Keningau. Dalam masa 5 minit kawan saya ni pun tibalah.

Tanpa bersarapan (kedai masih tutup) Kami bertolak ke Kg Sunsuron pada pukul 5.30 pagi, setibanya kami di tempat berkumpul terdapat peserta lain yang telah tiba lebih awal. Bersemangat sungguh....


Setelah mengesahkan kehadiran kami pada hari itu kami memulakan senaman ringkas sebagai pemanasan badan. Bergambar dalam satu kumpulan adalah perkara wajib yang harus di buat sebelum semua peserta bergerak untuk menawan puncak 3 bukit.


Bergambar dulu

Kami dilepaskan tepat jam 7.30 pagi, saya pada hari itu mengambil keputusan untuk menandatangan 1 lagi borang untuk mengikuti cabaran super speed, iaitu tanpa diiringi oleh guide. Hanya berpandukan tanda yang di buat oleh pengurus cabaran ini.





Puncak pertama yang harus kami tawan adalah Puncak wakid yang berketinggian 1325 m. Laluan yang kurang baik pada hari itu melambatkan perjalanan kami (berlumpur kerana waktu malamnya hujan lebat). Perjalanan ke puncak memaksa kami merentasi beberapa anak sungai..... so kasut mestilah basah.


Puncak Pertama "Gunung Wakid"

Bersama kawan kawan di Puncak Wakid

Setelah berjaya menawan puncak wakid..... Nulu Dampasak yang berketinggian 950 m adalah puncak kedua yang harus kami tawan. Laluan yang berlumpur dan merentasi sawah padi terasa amat memenatkan. Perjalanan ke Nulu Dampasak bagi saya ....amat mencabar kerana laluan yang licin dan memungkinkan para peserta jatuh tersungkur. Dalam keadaan yang semakin kurang bertenaga saya masih meneruskan perjalanan saya. Akhirnya saya berjaya tiba di puncak Nulu Dampasak dan menyaksikan pemandangan Kg Sunsuron dari puncak ini.

Pemandangan dari puncak Nulu Dampasak

Berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan ke puncak yang terakhir


Merentasi sawah padi

Pemandangan yang tersergam indah


Ketika mula menuruni Puncak Nulu Dampasak hujan mula turun mengiringi perjalanan kami. Permukaan tanah menjadi sangat licin. Saya beberapa kali terjatuh namun bernasib baik kerana tidak cedera.


Puncak terakhir yang harus kami tawan adalah Bukit Kolindasan yang berketinggian 1130 m. Perjalanan kami menjadi sangat mencabar kerana laluan yang agak licin. Apabila kami tiba di puncak Bukit Kolindasan hujan turun dengan amat lebat sekali seolah olah meraihkan kejayaan kami menawan puncak yang terakhir.Setelah mengambil gambar kami pun mula menuruni bukit Kolindasan.

Berada di benteng perjalanan ke puncak Kolindasan

Akhirnya berjaya manawan 3 puncak dalam masa sehari

Inilah kawan sependakian saya

Akhirnya kami berjaya menamatkan cabaran pada kali ini 3 Hills 1 Day apabila tiba semula di Dewan Kg Sunsuron. (tidak tahu pukul berapa tu) telampau penat...he ...he.. Di sini kami telah pun disediakan makanan dan minuman. Tahniah buat para peserta yang mengambil bahagian dalam cabaran ini dan tahniah juga buat pengurus yang mengurus cabaran ini. Semua berjalan dengan lancar.


Sijil yang mengesahkan pendakian kami


~ Terima kasih Obu James and crews.
~ Tersergam gagah Gunung Wakid, sungguh mendamaikan Nulu Dampasak, hatiku tertinggal di bukit Kolindasan. (mau kutip balik nanti)
~ Jumpa lagi di cabaran yang akan datang


Tiada ulasan:

Catat Ulasan